Suruh Suami Basuh Pinggan, Isteri Kena ‘Sound’ Dengan Mak Mentua

Hidup berumah tangga perlu bekerjasama dan perlu ada tolak ansur antara suami isteri.  Malah, kerja rumah juga perlu saling kerjasama dan tidak hanya meletakkan semuanya kerja rumah pada suami atau isteri sahaja.

Baru-baru ini, tular perkongsian di muat naik seorang pengguna Twitter mengenai luahan seorang wanita yang ditegur oleh ibu mentuanya gara-gara menyuruh suaminya membasuh pinggan.

Menerusi luahan itu, wanita tersebut berkata ibu mentuanya turut menegurnya supaya dia melayan suaminya dengan baik.

Wanita itu meluahkan rasa marah dengan teguran tersebut serta meminta para ibu diluar sana supaya tidak mengajar anak lelaki mereka menjadi seorang yang pemalas.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bengang dengan tindakan ibu mentua wanita itu.

Malah, ada netizen memberikan sindiran mungkin boleh patah tangan jika membasuh pinggan sendiri. 

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan adakalanya suami okay sahaja untuk basuh pinggan sendiri namun ibu mentua yang lebih-lebih masuk campur.