Tidak dinafikan, meskipun kita sudah mematahui peraturan jalan raya ketika memandu, namun pasti ada pemandu yang tidak bertanggunawab cuba mengambil kesempatan dengan melanggar peraturan.
Baru-baru ini, tular satu rakaman dashcam memaparkan pemandu Proton Perdana lagak samseng apabila gagal memotong barisan di satu lorong di kawasan Setia Taipan.
Dek kerana tak berpuas hati apabila gagal memotong barisan, pemandu Proton Perdana itu bertindak mengejar dan menghalang kenderaan yang merakamkan kejadian tersebut yang ketika itu berada di kawasan perumahan untuk menghantar rakan pulang.
Dapat dilihat lelaki berkopiah hitam turun daripada Proton Perdana tanpa memakai pelitup muka berjalan seakan-akan samseng menghampiri kereta pemilik dashcam terbabit.
Dah la potong que dekat trafic light, lepas tu block kereta sesuka hati ajak bergaduh.
Lokasi : Setia Alam pic.twitter.com/391mP0RQKh
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 24, 2022
Bagaimanapun, lelaki tersebut terus berlari sebaik sahaja diberitahu pemilik dashcam berkenaan akan ke balai polis untuk untuk menunjukkan bukti kesalahan pemandu berkenaan yang dirakam melalui dashcam.
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 24, 2022
Video tersebut hangat diperkatakan di laman Twitter sehinggakan ada netizen pantas melalakukan carian serta mendedahkan kenderaan tersebut mempunyai 38 saman yang bernilai RM8,150.
SUMBER: Twitter