Tahanan Rohingya Dakwa Dipukul Jika Tidak Mahu Larikan Diri

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila 528 tahanan Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu, Kedah kira-kira 4.30 pagi Rabu.

Setakat ini, 385 daripadanya ditemui dan ditahan semula, termasuk enam yang maut ketika melintas lebuh raya dekat Jawi, Pulau Pinang.

Memetik Free Malaysia Today, seorang tahanan Rohingya yang melarikan diri mendakwa dipukul sehingga lebam di muka kerana enggan melarikan diri.

Ujarnya, dia dipukul tahanan lain kerana enggan mengikut perusuh lain melarikan diri ketika rusuhan berlaku.

“Tahanan yang membuat kecoh tersebut merupakan mereka yang tidak memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Jumlah mereka terlalu ramai dan memaksa kami yang memiliki kad sah supaya turut melarikan diri beramai-ramai atau kami akan dipukul serta dicederakan,” katanya.

Difahamkan, lelaki itu antara tiga tahanan Rohingya yang ditahan semula dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu sebelum dihant

Untuk rekod, kesemua 528 tahanan itu ialah etnik Rohingya yang dipindahkan dari kem Wawasan Langkawi, selepas ditahan kerana menceroboh perairan Malaysia pada 2020.

SUMBER: Free Malaysia Today & New Straits Times