Rezeki pengantin baharu, tahniah diucapkan kepada selebriti popular Neelofa yang menerima anugerah khas tokoh wanita Kelantan.
Neelofa antara salah seorang daripada 14 tokoh wanita Kelantan menerima anugerah khas sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021 anjuran kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Neelofa tidak hadir untuk menerima pengiktirafan kerajaan negeri Kelantan kerana dikatakan masih berada di Langkawi.
Malah, ketika nama bekas pengacara MeleTOP itu diumumkan, tidak ada ahli keluarga atau individu tampil mewakili Neelofa untuk menerima anugerah terbabit bagi pihaknya.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor menerima Anugerah Sayyidina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Pempengaruh Mega atau influencer.
Difahamkan, tiada sebarang respons diterima daripada pihak Neelofa ketika pihak penganjur meminta menamakan individu bagi mewakili untuk menerima anugerah tersebut.
SUMBER: Utusan Online