“Tahniah Siapa Yang Sokong Solat Tepi Jalan, Tapi Jadi Macam ni, Pengotor”

Dek kerana tidak dapt balik berhari raya pada Aidilfitri lalu, ramai yang mengambil peluang untuk pulang sempena hari raya Aidiladha tempoh hari sehinggakan kebanyakan lebuhraya mengalami kesesakan.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian apabila ada segelintir individu tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati di bahu jalan. Seorang netizen berkongsikan foto meluahkan rasa kecewa banyak sampah dibuang keluar kenderaan.

Menerusi perkongsian netizen itu, susulan kesesakan jalan raya ramai yang terpaksa berhenti di bahu jalan untuk menunaikan solat. Namun apa yang tidak sedap dilihat apabila sampah juga di buang di tepi jalan.

Perkongsian individu itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang turut marah dengan tindakan pengguna lebuhraya yang pengotor. Malah, ada seorang netizen mengkritik pihak yang menyokong pengguna lebuhraya yang solat di tepi jalan.

 

Dalam pada itu, ada netizen berkata setiap kalu musim perayaan itulah perkara yang dihadapi oleh mereka yang sakit mata melihat pengguna jalan raya yang bertindak membuang sampah lebih-lebih ketika jalan sesak.

Netizen yang berang turut mepersoalkan seolah susah sangat untuk membawa plastik sampah sendiri atau simpan dahulu sampah di dalam kereta.

Apa pun diharap masyarakat lebih peka tentang kebersihan sekeliling. Siapa lagi yang akan menjaga alam sekitar kita jika bukan rakyat negara itu sendiri.

SUMBER: Twitter