Tajuddin Ditahan SPRM, Siasatan Kes Salah Guna Kuasa

Selepas dipecat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Memetik laporan Harian Metro, siasatan dipercayai berhubung menggunakan kedudukannya melantik menantunya memegang jawatan di dalam Prasarana. Bagaimanapun, Tajuddin telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Terdahulu, perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta.