Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan yang dibina kekal hingga ke alam perkahwinan. Namun, tiada siapa tahu apa akan terjadi pada hari esok.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang gadis di aplikasi TikTok dimana dia ditinggalkan oleh bakal suaminya lagi beberapa jam sebelum diijabkabulkan.
Menerusi perkongsiannya itu, gadis dikenali sebagai Iekin itu menerima mesej daripada bakal suaminya tidak dapat meneruskan majlis pernikahan kerana masih tidak dapat melupakan bekas kekasih.
“Dia lari pagi nikah, saya call dia pagi itu tapi tak dapat sebab dia dah block saya. Saya terus hubungi mama dia, dan mama dia cakap dia tak nak nikah, saya ke rumah dia tapi sampai sana, kereta dia tak ada di rumah.
“Sebelum ini, selama seminggu dia asyik keluar rumah tak balik, dia buat stress tau. Tengok dia tak ada dekat rumah, saya terus terduduk menangis
“Reason dia buat macam tu sebab tak dapat lupakan ex dia. Mula-mula ex dia tak tahu, kantoi banyak kali. Kita orang dah nak kisah, saya terpaksa bagi tahu ex dia,” luahnya.
Kecewa ditinggalkan begitu sahaja, gadis tersebut turut berdepan tekanan sehingga membawa diri selama sebulan dan pernah membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya.
Bagaimanapun, gadis itu kembali bangkit untuk meneruskan kehidupan atas dorongan keluarga dan rakan-rakan.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan nasib menimpa gadis itu serta memberikan kata semangat bahawa dia berhak untuk mendapat pasangan lebih baik.
SUMBER: TikTok Iekinkr8