Saat melahirkan cahaya mata adalah momen paling bermakna buat setiap pasangan apatah lagi si isteri pasti mahu ditemani oleh suami ketika di bilik bersalin.
Namun, susulan pandemik Covid-19, suami tidak dibenarkan untuk berada disisi isteri, lebih sebak tidak dapat mengazankan anak yang baru dilahirkan.
Baru-baru ini tular Tweet seorang pengguna Twitter, Syaza Joe yang berkongsikan saat ketika dia melahirkan anak dan suaminya hanya mampu menemani di aplikasi WhatsApp sahaja.
https://twitter.com/syazaajoee/status/1362395372010704897
Sudahlah suami tidak boleh menemani, Syaza berkata dia ketakutan sendirian apabila doktor mengatakan terpaksa bersalin secara pembedahan.
Namun segalanya berjalan lancar dan dia selamat melahirkan bayi lelaki. Apa yang lebih menjadi perhatian suaminya terpaksa mengazankan anak mereka melalui Voice note.
Perkongsian Syaza itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat Syaza dan suaminya. Malah, ada yang meluahkan rasa bimbang giliran mereka hampir tiba untuk melahirkan cahaya mata.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
SUMBER: Twitter