Tak Dapat Keizinan Waris, Keluarga Angkat Gagal Bawa Pulang Jenazah Amir

Sejak Sabtu lalu, kes kematian kanak-kanak berusia 7 tahun yang ditemui didalam tong air menggemparkan negara serta menjadi bualan di media sosial.

Lebih menjadi perhatian kanak-kanak yang baru sahaja tiga bulan diserahkan semula oleh keluarga angkat dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

Semalam, keluarga angkat kanak-kanak itu berharap keluarga kandung mangsa terutama ibunya dapat memberi kebenaran untuk keluarga itu untuk menguruskan majlis pengebumian mangsa.

Bagaimanapun, hasrat keluarga angkat arwah adik Amir untuk untuk membawa pulang jenazah ke Rawang Selangor dan dikebumikan disana tidak kesampaian apabila tidak mendapat kebenaran daripada waris.

Menurut kakak angkat Allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Jasin Melaka oleh waris kandung adik Amir.

Redha di atas keputusan tersebut kerana mereka tidak mempunyai sebarang hak ke atas arwah adik Amir, mereka berharap orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

https://twitter.com/Tupah9/status/1356054861511446535

SUMBER: Twitter Tuhfah