Tak Fikir Orang Lain, Keluarga Ini Tamak Ambil Semua Barang Di Food Bank

Sejak pandemik Covid-19 melanda, ramai yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan. Malah, ada yang tidak cukup makan serta terpaksa meminta bantuan untuk anak-anak.

Susulan itu, ramai yang tampil menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan termasuk menyediakan Food Bank dimana bekalan makanan disediakan.

Bagaimanapun, ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan demi kepentingan diri. Mereka ini bukan sahaja ambil yang perlu sahaja, tetapi hampir semua barangan diambilnya.

Seperti video tular baru-baru ini memaparkan tiga individu dipercayai dari keluarga yang sama mengambil barangan di satu Food Bank secara berlebih-lebihan.

Menerusi video dikongsikan oleh seorang netizen bernama Hakimy Looi, kelihatan mereka seolah tamak memasukkan barangan yang diambil dengan jumlah yang banyak itu dalam satu beg plastik.

Berang dengan tindakan tiga individu tidak bertanggungjawab itu, Hakimy berkata Food Bank disediakan untuk ambil barang yang perlu sahaja bukan ambil semuanya.

 

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengecam tindakan keluarga itu yang tidak memikirkan orang lain yang mungkin lebih memerlukan barangan berkenaan.

SUMBER: Facebook Hakimy Looi