Tak Goyang & Tak Masuk Campur, Netizen Puji Skill Tukang Rakam Video Pergaduhan

Baru-baru ini tular video memaparkan pergaduhan beberapa lelaki tular di media sosial. Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @abrownwitch.

Namun apa yang lebih menjadi perhatian rata-rata netizen memuji skill perakam apabila video berkenaan dilihat jelas menunjukkan siapa yang terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

https://twitter.com/abrownwitch/status/1418414915115622401

Malah, netizen turut mengatakan ini adalah cara untuk merakam sesuatu insiden dengan betul dimana tiada jeritan si perakam dan kamera juga tidak goyang.

Tidak kurang juga, ada yang memuji tindakan perakam yang tidak masuk campur dan semua aksi dalam pergaduhan itu kelihatan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimana kes pergaduhan ini berlaku. Apa pun tindakan perakam dapat dijadikan contoh kerana tidak masuk campur dalam pertilingkahan berkenaan kerana bimbang boleh membahayakan nyawa.

SUMBER: Twitter