Tak Harap Bantuan, Makcik Kanser ‘Survivor’ Gigih Jual Nasi Lemak Tepi Jalan

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu ternyata memberi kesan pada ramai orang yang terjejas pendapatan mereka kerana tidak dapat mencari rezeki seperti biasa.

Perkara itu turut dialami oleh seorang wanita ini yang merupakan pejuang kanser yang tetap gigih menjual nasi lemak demi kelangsungan hidup tanpa meminta-minta.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, menggunakan nama Ganesan berkata hatinya tersentuh melihat kesungguhan wanita itu. Hanya berbumbungkan langit, wanita itu setia menunggu kehadiran pembeli.

Hanya menjual nasi lemak dengan harga RM1, menerusi perkongsian itu wanita itu ada memintanya kerja kosong kepadanya dan dia terus bertanyakan kepada seorang rakan.

Sudah tertulis rezeki wanita itu, dia berkata ada kawannya yang sedang mencari pekerja untuk mengupas bawang. Mendengar ada kerja kosong untuknya, makcik tersebut mengucapkan terima kasih kepadanya.

Perkongsian pemuda itu ternyata membuatkan ramai yang tersentuh. Malah, rata-rata mereka turut memuji keikhlasan hati pemuda tersebut yang sanggup membantu warga emas berkenaan.

Lebih sebak apabila pemuda itu berkongsikan dalam satu status mengatakan ada mereka diluar sana tidak mahukan duit yang dihulur tetapi mahukan kerja.

SUMBER: Twitter