Meskipun sering diingatkan supaya mengunci pintu dan mematikan enjin ketika berada di stesen minyak namun ramai yang masih alpa dan mengambil tidak endah tentang perkara itu.
Perkara itu bukan sahaja demi keselamatan pemandu tetapi juga sebagai langkah berjaga-jaga agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Seperti yang terjadi di Mentakab dalam satu kejadian Isnin lalu apabila seorang wanita berhadapan detik cemas apabila keretanya telah dilarikan oleh seorang lelaki.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), lelaki berkenaan dilihat melangkah perlahan-lahan ke arah kenderaan berwarna kuning itu sebelum menutup kepalanya dengan hoodie yang dipakai seolah-olah enggan mukanya dilihat.
Share untuk jadi Peringatan bersama ketika isi minyak.
Matikan enjin, kunci pintu dan perhati keadaan sekeliling.
Kes curi/larikan sebuah kereta ketika isi minyak di Stesen Minyak Petron Kg Megat Segama bersebelehan Taman Sri Semantan Batu 3 Temerloh Pahang. pic.twitter.com/avT5nzg10f
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 29, 2020
Menyedari ada individu yang tidak dikenali memasuki keretanya dan melarikan kereta miliknya, wanita itu sempat memaut pada pintu keretaya sebelum diseret sejauh beberapa meter oleh lelaki tersebut.
Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan kejadian tersebut berjaya diselesaikan beberapa jam kemudian, malah kereta tersebut telah dijumpai dan suspek utama juga telah berjaya ditahan pada hari yang sama.
Apa pun diharap kes tersebut dapat dijadikan pengajaran buat semua orang setiap kali mengisi minyak pastikan enjin kereta dimatikan dan pintu kenderaan dikunci.