Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa berang terhadap individu yang mendakwa dirinya sombong ketika dalam sebuah acara jualan baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Reen berkata salah faham itu timbul ketika dirinya tiada di gerai jualan kerana dia pergi ke tandas untuk membuang air kecil.
Dalam entri itu juga, Reen turut berkongsikan komen kecewa seorang peminat yang tidak berkesempatan untuk mengambil foto bersama.
View this post on Instagram
Disebabkan Reen tiada di gerai jualan dalam tempoh yang lama pelakon itu dituduh sombong dan tidak mahu melayan peminat.
Bengang dengan tuduhan berkenaan, Reen turut tampil menjelaskan keadaan sebenar dimana dia berada di acara tersebut sehingga lewat malam namun mengambil masa untuk makan sebentar di dalam kereta.
Dalam pada itu, Reen turut ‘sound’ netizen yang menuduhnya tanpa usul periksa. Malah, Reen turut mempersoalkan kepada individu tersebut adakah dia tidak dibenarkan makan atau pun tidak boleh ke tandas.