Tak Pakai Baju Melayu & Kurung Masa Raya, The Family UK Digelar Murtad

Sebut saja The Family UK, sememangnya keluarga ini sangat popular dikalangan pengguna Instagram. Malah, Fatimah juga pernah viral dengan gelagatnya yang petah bertutur dalam loghat kelantan.

Baru-baru ini, perkongsian The Family UK menjadi perhatian meluahkan rasa kesal apabila ada netizen yang mengkritik penampilan keluarga itu ketika menyambut hari raya.

Hanya kerana tidak mengenakan baju kurung dan baju Melayu seperti kebiasaan, ada yang tergamak melabel anak-anaknya murtad.

Menerusi satu entri, The Family UK seolah kesal kerana anak-anaknya dibuli oleh sesama Islam sendiri.

Ujarnya lagi, sepanjang berada di London, mereka tidak pernah dibuli dengan orang yang bukan Islam, sebaliknya dihormati.

“Anak-anak kami dari kecil sampai besar tak pernah kena buli dengan orang-orang tempatan di sini (London). Alhamdulillah. Mereka bukan Islam tapi cukup tinggi akhlak mereka.

“Mereka sentiasa belajar untuk memahami dan menghormati kami sebagai orang Islam. Baik dalam bab solat, puasa, pakaian, makanan dan hal-hal lain.

“Tapi kita yang sesama Islam membuli sampai tahap melabel kami sebagai Murtad hanya kerana anak-anak kami tak pakai baju melayu dan baju kurung di hari raya. Sedih,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CdexSL8IA8o/?utm_source=ig_embed&ig_rid=5e74aa7b-93bb-498a-be01-7f8a1c44e809

Sementara itu, dalam satu entri lain The Family UK turut menegaskan bahawa Hari Raya adalah perayaan untuk Islam seluruh dunia tidak kira bangsa dan bukan hanya untuk bangsa Melayu sahaja.

“Islam itu merentasi bangsa. Islam is a religion, not a race. Islam itu agama, bukannya bangsa. Agama dan bangsa adalah 2 perkara yang berbeza.

“Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan bagi umat Islam di seluruh dunia, bukan hanya khas untuk bangsa Melayu di Malaysia sahaja.

“Baju kurung dan baju melayu pula adalah pakaian orang Melayu, bukan pakaian rasmi untuk umat Islam seluruh dunia,” tulisnya.

SUMBER: Oh Bulan