Jujurnya, kita masih belum boleh menarik nafas lega dan membuat aktiviti sewenang-wenangnya seperti kebiasaan. Malah ketika ini, jumlah bilangan kes COIVD-19 juga turut kembali meningkat.
BACA: Ini Pesanan Dr Noor Hisham Untuk Mereka Yang Pakai Mask Bawah Dagu
Baru-baru ini, laman media sosial digemparkan dengan sikap seorang wanita yang baru saja pulang dari luar negara namun tidak mengikut arahan KKM. Lengkap bergelang kuarantin, wanita berkenaan dilihat makan di sebuah restoran di Perak.
It’s people like her that increase our nation’s risk to 2nd wave. Shame on you Ms and shame on yr friends/family & cafe who allowed her in & didn’t report when she’s supposed to be under quarantine. Stricter measures needed. COVID-19 is still out there. @KKMPutrajaya @MKNJPM pic.twitter.com/9H5YPgnGLV
— Dr Jemilah Mahmood (@JemilahMahmood) July 20, 2020
Untuk pengetahuan anda, individu yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantin selama 14 hari di rumah. Dah senang dah bab ini sebab boleh kuarantin sendiri.
Kemudian, siapa yang dikuarantin itu kena pakai gelang tangan selama 14 hari. Ini adalah untuk memudahkan pemantauan prosedur operasi standard (SOP). Siapa yang cabut atau potong gelang ini boleh didenda RM1,000 dan dihadapkan ke mahkamah.
Rata-rata warga media sosial bimbang perkara dan tindakan tidak mengendahkan arahan KKM ini mampu ‘menjemput’ kehadiran gelombang kedua COVID-19.
Kita pernah melalui keadaan lockdown sebelum ini dan tidak mustahil jika kes masih meningkat selari dengan sikap acuh tak acuh mengamalkan penjarakan, sesi lockdown akan diperintahkan kembali. Seronok bukan duduk di rumah masa lockdown?
Jika tak mahu ketinggalan info dan bacaan menarik setiap hari, jangan lupa follow kami di Facebook dan Instagram.