Tak Perlu Kemewahan, Bapa Layan Anak Bermain Tepi Jalan Buat Ramai Sebak

Benarlah apa dikata kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ayah adalah individu yang sanggup berpenat lelah mencari rezeki menyara keluarga.

Malah, ayah juga adalah lelaki pertama untuk setiap anak perempuan sebelum suami atau pasangan.

Baru-baru ini, tular video di Instagram memaparkan seorang lelaki bermain ‘osom’ dengan anak perempuannya di atas motosikal di tepi jalan menjadi perhatian ramai.

Lebih membuatkan netizen sebak, tidak perlu mewah untuk bahagia, setiap kali bapanya tewas, anaknya akan mencium pipi bapanya sebagai balasan.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat hubungan akrab anak-beranak itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa rindu terhadap ayah mereka masing-masing lebih-lebih lagi jika bapa mereka sudah dijemput oleh Ilahi.