Pelari maraton terkenal tempatan, Edan Syah berjaya memecahkan rekod dunia menerusi acara TCS London Marathon yang berlangsung Ahad lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Edan berjaya menamatkan maraton tersebut lengkap berbaju Melayu berserta songkok dan samping dengan catatan masa 2 jam 49 minit 22 saat.
Menjalin kerjasama dengan jenama baju Melayu Bulan Bintang, Edan mengucapkan terima kasih kepada jenama terkenal itu kerana menerima idea luar biasanya itu.
View this post on Instagram
“Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat kerana mempercayai, memberi peluang dan menerima idea ‘luar kotak’ saya untuk projek ini.
“Anda berani mencipta penanda aras baharu tentang apa yang boleh dan melakukan perkara yang mustahil,” tulisnya.
Menurut Edan lagi, sepanjang 11 tahun menyertai maraton, ini adalah kali pertama dia merakam sendiri momen berharga itu dengan menggunakan kamera 360.
SUMBER: Instagram