Tak Pernah Dibuat Orang, Rakan Pengantin Hadiahkan Barang Rumah Lengkap – Tong Gas Pun Dapat

Setiap kali cuti panjang atau cuti perayaan, ramai tidak melepaskan peluang untuk memenuhi jemputan kahwin rakan-rakan dan saudara mara.

Seperti biasa, jika menghadiri majlis kahwin rakan pasti perlu sediakan hadiah atau duit ‘salam kaut’. Tak manis pula jika datang dengan tangan kosong.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok dikongsikan oleh seorangg pengguna bernama @mfxhmi memaparkan rakan-rakan pengantin baru datang ke majlis dengan membawa hadiah.

Namun, apa yang menjadi perhatian hadiah yang dibawa mereka sememangnya lain daripada yang lain dan tak pernah dibuat orang.

Mana tidaknya ada yang membawa penapis air, tong gas, dapur gas, sabun basuh baju, tudung saji dan macam-macam lagi yang boleh digunakan oleh pengantin.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat dan hadiah yang dibawa rakan-rakan pengantin itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa seronok melihat rakan-rakan seperti itu yang gila-gila tetapi tetap membantu kawan yang baru hendak memulakan hidup baru.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan hadiah diberikan best belaka dan memberi manfaat kepada pengantin daripada bagi benda merepek.

SUMBER: TikTok