Tak Puas Hati Pasal Telur Separuh Masak, Abang Sado Belasah Pekerja Restoran Mamak

Bagi mereka yang pernah bekerja di kedai makan mahupun berurusan secara langsung dengan palanggan, pasti tahu bukan mudah untuk berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.

Bagi mereka yang pernah bekerja di kedai makan mahupun berurusan secara langsung dengan palanggan, pasti tahu bukan mudah untuk berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.

Baru-baru ini, tular kes yang dikongsikan oleh portal Says apabila seorang lelaki
difahamkan bekerja sebagai jurulatih gimnasium didakwa mengasari seorang pekerja kedai mamak gara-gara telur separuh masak.

Menurut saksi menerusi satu perkongsian di Facebook, pelanggan berkenaan bertindak menumbuk dan menyepak pekerja restoran mamak yang terletak di Petaling Jaya itu kerana hilang sabar selepas telur separuh masak yang dipesannya tidak disediakan dengan baik.

Dakwa saksi lagi, kejadian yang berlaku 8 Oktober lalu sekitar jam 1 pagi itu, semuanya bermula apabila pengurus restoran itu menghantar pesanan ke meja lelaki berkenaan.

Ketika menghampiri meja berkenaan pelanggan terbabit terus menyepak dan menumbuk pekerja itu. Katanya, pekerja itu hanyalah mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepalanya sambil cuba bertanya apa sebenarnya yang berlaku.

Kata saksi lagi, pekerja ditumbuk dan disepak bertubi-tubi sebelum ia dihentikan oleh orang ramai yang lalu-lalang di situ. Ujarnya, tumbukan dan sepakan oleh pelanggan itu bukanlah biasa tetapi menyerupai aksi pertarungan kick boxing Thailand.

Bagaimanapun, pelanggan berkenaan dikatakan berjaya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum pihak polis tiba di restoran berkenaan. Namun, rakan-rakannya yang semeja dengannya diminta untukerada dalam premis menunggu ketibaan polis.

“Tidak banyak meja yang ada dengan sekitar 30 orang saksi sahaja untuk kejadian ini dan malangnya saya tidak berjaya menangkap gambar dan video pergaduhan itu atau nombor pendaftaran motosikal jurulatih berkenaan.

“Kami (berlima) bagaimanapun telah dikenalpasti sebagai saksi untuk memberi keterangan penuh berkenaan insiden berkenaan,” tulisnya di Facebook.

SUMBER: Says