Tak Sempat Reda, Netizen Persoal Neelofa Naik Kenderaan Melebihi 3 Orang Pula

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang didakwa beberapa kali melanggar prosuder operasi standard (SOP).

Difahamkan hari ini, Neelofa tampil memberi keterangan di IPD Seremban selepas didakwa tidak memakai pelitup muka di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis lalu.

Nampaknya, kecoh lagi mengenai bekas pengacara MeleTOP itu apabila netizen mempersoalkan Neelofa menaiki kenderaan melebihi tiga orang.

Menerusi video dikongsikan di Twitter Bernama, dapat dilihat Neelofa, PU Riz bersama peguamnya memasuki tempat duduk penumpang menjadikan kereta tersebut dinaiki oleh empat individu.

Umum mengetahui, SOP mengehadkan hanya tiga orang individu dibenarkan berada dalam sesebuah kenderaan sepanjang tempoh PKP.

Sementara itu, selepas memberi keterangan mengenai dakwaan tidak memakai pelitup muka, Neelofa berkata dia tidak boleh mengulas memandangkan kes tersebut masih lagiĀ  dalam siasatan.