Tak Senang Nak Jana RM18,000 Dua Bulan, Ini Rahsia Buat Duit Bagi Yang Teringin Jadi Rider

Baru-baru ini tular mengenai jumlah pendapatan dua bulan seorang ‘rider’ makanan apabila ramai yang terkejut kerana berjaya meraih sebanyak RM18,000.

Difahamkan, wang yang dijananya itu adalah hasil dari 2,651 penghantaran yang dilakukannya dan perlu bekerja selama lebih 725 jam.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen kerana bukan mudah untuk menjana wang sebanyak itu serta memerlukan komitmen dan rajin berusaha.

Memetik portal MuaKerja, bukan mudah untuk semua rider menikmati kadar pembayaran tersebut. Berdasarkan sistem Foodpanda, ada 4 tangga bayaran diberikan mengikut ‘batch’ rider berkenaan.

Batch 1 adalah yang paling tinggi dimana jika berjaya selesaikan 1 tempahan mereka akan menerima bayaran sebanyak RM7 dan dalam tempoh seminggu boleh meraih sehingga RM630 dengan masa kurang dari 30 jam.

Batch paling rendah adalah 4,5 dan 6. Jika anda masih di batch ini, untuk 1 tempahan bayaran diterima hanya RM4.50 dan akan mendapat sebanyak RM396 dalam masa seminggu.

Tapi, pasti ramai tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan Batch 1? Untuk mencapai Batch 1, masa perhantaran perlukan lebih 70 jam dalam masa seminggu. Ini bermakna anda perlu bekerja selama 10 jam dalam satu hari.

Meskipun sudah mencapai tahap Batch 1, namun untuk mempertahankannya bukanlah mudah. Ini antara yang dikongsikan oleh netizen:

1. Kalau dapat jadual penghantaran perlu diselesaikan (jangan no show)

2. Tak boleh lewat

3. Acceptance rate pun kena jaga

4. Tak boleh break lama sangat

Dalam pada itu, ada di kalangan netizen berkongsikan pengalaman berada di Batch 1 dimana mereka perlu mengorbankan masa kepada keluarga dan diri sendiri demi mencari rezeki.

SUMBER: Maukerja