Tak Sensitif Langsung Kes Tengah Meningkat, Selamba Sambut Birthday Ramai-Ramai

Umum mengetahui, hampir sebulan lebih kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 susulan kes Covid-19 sudan pun mencecah empat angka.

Bagaimanapun, masih ramai mengambil remeh tentang pandemik Covid-19 sehingga ada yang melanggar PKP dengan berkumpul ramai-ramai serta mengadakan majlis keraian.

BACA: Netizen Sokong Cadangan KKM Naikkan Kompaun Kepada RM10,000, Tapi…

Semalam, 17 individu dikompaun kerana mengadakan sambutan hari lahir semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di sebuah vila di Ulu Melaka, Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari berkata anggotanya mengesan kehadiran sejumlah kenderaan yang banyak serta bunyi bising dari vila tersebut, pada jam 1 pagi.

Hasil pemeriksaan menemui seramai 13 lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 18 hingga 32 tahun, di dalam vila tersebut.

Difahamkan, individu berkenaan yang tinggal di sekitar pulau menyewa vila tersebut untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir rakan mereka.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan, rakan yang diraikan itu tidak berada di lokasi tersebut kerana pulang sebentar ke rumahnya.

Semua yang ditahan dibawa ke balai polis Kuah untuk proses dokumentasi dan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang, sebelum dibebaskan, manakala saringan air kencing ke atas mereka didapati negatif.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: Free Malaysia Today