Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular video iklan juri sempena Hari Raya menggunakan khidmat pelakon di kalangan umat Islam.
Susulan itu, seramai 18 individu ditahan termasuk pelakon, ejen pencarian bakat, penyanyi serta kru produksi ditahan bagi membantu siasatan.
Terbaru, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat dia lagi video muzik menunggu masa untuk disebarkan di media sosial.
“Kita baru menerima maklumat ada dua lagi video, tapi video ketiga dan keempat ini tidaklah seperti video pertama dan kedua.
“Ia lebih pendek dan juga hanya melibatkan nyanyian lagi raya serta ajak orang untuk terlibat dalam aktiviti perjudian,” katanya.
Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian terutama buat mereka beragama Islam.
“Jangan martabat dan agama ini dijatuhkan oleh orang Islam sendiri. Kita harap tak ada lagi anak muda berlakon sematam-mata nak cari duit seperti ini,” katanya.
SUMBER: mStar Online