Tak Skip Makan, Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan 10 Kg

Sememangnya bukan mudah untuk turunkan berat badan apatah lagi ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Malah, ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa peduli bahaya akan menimpa demi untuk cantik.

Sama seperti gadis bernama Izzah Hazwani ini, bukan mudah untuk mendapatkan berat badan idaman namun dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa dua bulan.

Siapa sangka anda tetap boleh menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar ataupun skip makan. Izzah berkata dia tidak mengamalkan diet yang ketat kerana bimbang akan tertekan.

Berat badan terdahulu 55 kilogram dan kini berjaya mencapai 45 kilogram, Izzah tidak lokek berkongsikan rutian hariannya untuk mendapatkan berat badan ideal.

https://twitter.com/izzahhazwaniii/status/1323323677119639552

Sarapan pagi & snacking jam 10 pagi

Saya breakfast biasanya makan roti wrap gardenia tu, tak pun roti wholemeal gardenia tu. Letak telur salad atau conflakes/pure oat letak low fat milk dutch lady nak lagi sedap tambah la pisang atau epal.

Jam 10 pagi biasanya time snacking ambil buah-buah, salad buah ke, bell pepper plus cream cheese. Tengok jugak la stok apa ada dekat rumah haha.

Makan tengah hari tak pernah tinggal nasi

Lunch biasanya saya tak tinggal nasi sebab kalau tinggal nasi makan merepek-repek. Lunch memang ambil nasi. Tapi small portion. Satu senduk je. Lebihkan lauk dan sayur. Saya amalkan makan suku suku separuh.

Jangan makan selepas jam 8 malam & lakukan senaman

Kalau Boleh jangan makan malam atas pukul 8. Sebab perut nak rehat sebelum 3 jam nak tidur. Senaman saya buat jugak. Tapi saya pilih senaman yang saya rasa happy nak buat. Jangan rasa tertekan.

Amalkan air kosong 3 liter sehari & teh hijau

Tambahnya lagi, dia juga sememangnya mengamalkan minum air masak yang banyak iaitu sekurang-kurangnya tiga liter serta minum teh hijau dan air limau suam tanpa gula.

SUMBER: SiakapKeli