Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila sindket Macau Scam di Malaysia akhirnya tumpas apabila beberapa individu telah pun ditahan untuk siastan lanjut. Bagaimanapun, sehingga kini sindiket itu masih ‘ligat’ lagi untuk mencari mangsa.
Seperti kita tahu, sindiket itu banyak memperdaya ramai orang terutama sekali warga tua dan menyebabkan kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.
Kebiasaannya mereka menyamar sebagai pihak berkuasa atau pegawai bank dengan menakutkan mangsa di atas tuduhan atau kesalahan palsu sehingga mangsa terpedaya.
Bagaimanapun, video yang tular baru-baru ini mengenai seorang anggota polis iaitu Koperal Suraya menerima panggilan dari ‘scammer’ ternyata membuatkan netizen puas hati.
Menerusi video itu, Koperal Suraya dilihat ‘melayan’ panggilan yang didakwa dari ‘pegawai kastam’. Koperal Suraya juga turut meminta butiran kad pengenalan individu berkenaan bagaimanapun ‘scammer’ Individu seolah untuk mengelak daripada memberi butiran dirinya.
Bagaimanapun, scammer tersebut akhirnya mematikan panggilan telefon mungkin kerana merasakan dia gagal untuk memperdayakan mangsa.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengatakan video tersebut sepatutnya sudah lama dikongsikan kepada umum untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai sindiket penipuan itu.
Apa pun, diharap orang ramai lebih berhati-hati lebih-lebih lagi jika menerima panggilan telefon daripada pihak yang tidak dikenali bimbang menjadi mangsa penipuan.