Tak Tahu Dah Puasa, Anak Lee Chong Wei Sedih Kawan Muslim Tak Makan Bersama

Umum mengetahui, semalam merupakan hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa.

Menerusi Facebook, jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei berkongsikan kisah perbualan dengan anak sulungnya, Kingston berusia 8 tahun mengenai ibadah tersebut.

Menurut Chong Wei, anaknya mengadu bahawa dia sedih rakan-rakan Muslim tidak mahu makan bersamanya dan cikgu juga meminta Kingston makan jauh dari rakan-rakan lain.

Tergamam dengan persoalan anaknya itu, Chong Wei rasa bersalah kerana tidak menceritakan kepada anaknya bahawa hari ini sudah mula berpuasa bagi seluruh umat Islam.

“Papa, I ada soalan nak tanya” ditanya anak saya dalam perjalanan dari sekolah tadi.
“Tadi masa waktu rehat, saya berkongsi makanan dan minuman dengan rakan sekelas. Ada dua orang kawan baik saya, Syihan dan Amli tak nak makan. Kenapa ?” Muka anak terus muram bagai kaca ditimpa batu.

Tidak sempat saya menjawab, dia terus sambung “Pastu I pon dinasihat cikgu supaya makan di sudut jauh dari segelintir kawan-kawan I. Apa salah say a, papa?”

Tergamam aku dibuatnya seketika. Salah saya juga sebenarnya kerana tidak memberi penjelasan bulan puasa sebelum ini.

“Koko @kingstonleekc , you tak salah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa. Dan Cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda penghormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu.

Jadi, kamu kena nasihat kawan-kawan Cina India lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ni menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak-ansur dan hormat sesama lain. ”

Sulung yang kini dah 8 tahun sudah start menunjukkan sikap memberontak. “Kenapa kena bertolak ansur ? Saya makan saya punya hal, dia puasa dia punya hal”.

Belum sempat saya marah, tangan penampar @wongmewchoo terus melanda ke atas tangan anak. Tahulah saya dia pandai smash gak, tapi memang laju tangan dia kali ni.Sulung pun menangis bertanya sebab.

“Kalau kita tak bertolak ansur, Koko tidak akan ada kawan Amli dan Syihan lagi. Bayangkan kalau tak bertolak ansur, koko main mercun semasa New Year mestinya dimaki. Jika tidak hormat, kawan India buat perarakan Thaipusam semestinya dihalang. Andainya tidak menghormati sesama lain, tak mungkin shopping mall KL ada Christmas tree masa Christmas”, jawabnya saya.

“Kita menang bola dan Thomas Cup pun sebab kita bertolak ansur dan bersatu padu”, disambung saya.

Dengan muka menyesal, pendek sahaja jawapan anak saya “Saya mahu berkawan baik dengan Amli dan Syihan” .

Diakhir perkongsian itu, Chong Wei serta keluarga turut memohon maaf serta mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam.

SUMBER: Facebook Lee Chong Wei