Tak Tahu Malu, Foto Elizabeth Tan Dibanjiri Komen Lucah Lelaki Melayu

Kalau dah bergelar selebriti sudah pasti mempunyai ramai peminat. Sebut sahaja nama Elizabeth Tan, pasti ramai tahu penyanyi dan pelakon itu sinonim dengan imej yang agak seksi.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru Elizabeth memuat naik gambar sempena PKP dihujani komen bebaur lucah terutama di kalangan lelaki.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang seorang wanita bernama Nora Jane Hope Wahab yang akui terkejut melihat komen lucah dan double meaning pada foto tersebut.

Lebih memalukan rata-rata komen daripada lelaki Melayu. Katanya lagi, golongan lelaki seperti ini dilabel sebagai ‘gila isim’ dimana sibuk tentang aurat perempuan tetapi dalam masa sama sering memberi komen lucah.

Namun katanya lagi, lebih parah jika ada dikalangan perempuan dilabel ‘kak isim’ yang menyokong golongan ‘gila isim’ dan hanya meletakkan kesalahan pada wanita sahaja.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Malah, netizen mengakui hanya lelaki Melayu sahaja yang meninggalkan komen pada gambar Elizabeth Tan.

Kata netizen lagi, lelaki jenis sebegitu kebanyakannya mahukan isteri yang solehah dan menutup aurat sedangkan hakikatnya diri sendiri kuat melucah dan mempunyai peribadi tidak baik.

SUMBER: Facebook