Sebut saja nama Myvi, ada sahaja pelbagai kerenah mengenai kereta dengan jolokan ‘King’ itu. Ada sahaja kisah menarik kita dengar mengenai Myvi di media sosial.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan kereta Myvi berwarna kuning tidak semena-mena terlibat kemalangan sendiri sehingga terbalik.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat Myvi yang dipandu laju berlanggar dengan kereta lain dihadapannya yang merakamkan aksi kereta berkenaan sehingga berpusing beberapa kali.
Tidak dapat dipastikan punca kemalangan sendiri itu, Myvi tersebut yang berada di lorong kanan ketika itu dilihat secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri.
Seperti sudah dijangka Myvi berkenaan dikecam teruk oleh netizen yang memandu terlalu laju sehingga termasuk lorong lain sehingga melanggar kereta lain.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan tak habis-habis ‘King’ buat hal di jalan raya.Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan kereta jenis apa yang dilanggar oleh Myvi berkenaan kerana tetap steady dan tidak goyang meskipun dilanggar.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Mex pada petang semalam. Apa pun pandulah berhati-hati dan ikut had laju yang ditetapkan.
SUMBER: Careta