Takut Bini Marah Beli Komputer, Suami Berpakat Dengan Penjual Tipu Harga Sebenar

Setiap lelaki mempunyai hobi mereka tersendiri namun tidak semua hobi mereka disokong oleh isteri atas beberapa faktor seperti mungkin akan mengabaikan mereka dan anak-anak atau kos hobi yang mahal.

Namun, perkongsian di Twitter seorang lelaki dikenali sebagai Mazrul Hisyem ini mungkin boleh diguna pakai para suami untuk membeli barangan yang diidamkan dalam masa sama ‘mengaburi’ isterinya.

Difahamkan lelaki itu menceritakan kisah dimana seorang pelanggannya yang memintanya untuk ‘berbohong’ mengenai harga sebuah monitor yang ingin dibelinya.

Dek kerana takut dimarahi isterinya, pelanggangnnya itu mahu bersepakat dengannya menyatkan harga monitor itu hanyalah RM150, sedangkan harga asal adalah RM700. Jauh beza tu sampai RM550.

Apa yang membuatkan netizen terhibur, lelaki itu berkata suami tidak sepatutnya takut dengan isteri kerana mereka merupakan ketua keluarga yang menyara keluarga.

Namun, di akhir perkongsian lelaki itu sempat memerli pelanggannya jika isterinya terjumpa perkongsian tersebut, pandai-pandailah dia menjawab nanti.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang mengatakan pelanggannya itu bukan takut dengan isterinya tetapi mungkin tidak mahu isu tersebut diperbesarkan.

SUMBER: OhBulan