Takut Dengan Jarum Namun Caprice Tak Gentar Ke Gaza

Lewat malam tadi penyanyi rap, Caprice memuat naik perkongsian berangkat ke Gaza, Palestin selepas mendapat kebenaran untuk masuk ke negara bergolak itu.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Caprice memaklumkan dia terbang ke negara itu bersendirian bagi mengikuti misi kemanusiaan serta meminta orang ramai mendoakannya.

Rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan olehnya serta mendoakan urusannya dipermudahkan di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Namun ada juga segelintir pihak melemparkan kata-kata negatif terhadapnya serta memberi komen sindiran mengaitkan dengan insiden dimana penyanyi rap itu takut jarum ketika divaksin baru-baru ini.

Komen negatif beberapa individu itu menimbulkan kurang senang netizen lain yang mengatakan sepatutnya memberikan sokongan atas usaha Caprice bukannya mengecam atau menjatuhkan semangatnya.

Apa pun kami mendoakan segala urusan Caprice ke Gaza dipermudahkan dan sentiasa selamat di sana.

SUMBER: Instagram Ohmedia