Semalam tular mengenai seorang bayi dipercayai berusia bawah lima bulan ditinggalkan di dalam kereta sendirian di tempat letak kereta di pasar raya Tesco Egate, Pulau Pinang.
Byi berkeneaan ditemui oleh seorang kakitangan Tesco yang kebetulan melalui kawasan itu lalu meminta bantuan orang awam yang berada berhampiran.
Difahamkan, tingkap pintu kereta kelihatan sedikit terbuka, membolehkan pekerja Tesco itu membuka pintu dari bahagian dalam dan terus menyelamatkan bayi yang diletakkan di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak.
Menurut saksi, 15 minit kemudian ibu kepada bayi itu muncul dan menjelaskan dia terpaksa meninggalkan bayinya di dalam kereta kerana bimbang pihak pasar raya tidak membenar mambawa masuk bayinya susulan pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, pegawai pengurus Tesco menjelaskan, pihaknya tidak pernah menghalang kanak-kanak atau warga tua dari memasuki premis mereka.
Seperti sudah dijangka, alasan didakwa diberikan oleh ibu bayi berkenaan ternyata mengundang kemarahan netizen. Netizen turut meluahkan rasa berang mereka kerana sikap pentingkan diri wanita tersebut boleh membahayakan nyawa bayi berkenaan.
Kata netizen lagi, biar apa pun alasannya, tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat demikian kerana pasti ada jalan lain daripada tinggalkan anak kecil bersendirian dalam kereta.