Taman Jepun Shah Alam Makin Cantik Tapi Sampah Masih Dibuang Merata

Hujung minggu lalu Taman Persabahatan Selangor-Jepun di Taman Tasik Shah Alam telah pun dibuka kepada orang awam.

Pembinaan taman ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada negara Jepun yang sekian lama menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan mereka.

Taman ini mempunyai beberapa tarikan utama antaranya Laman Zen, Kolam Maze, Gerbang Torii, Tsukubai (Stone Basin), Laman Refleksologi dan beberapa lagi.

Namun, baru sahaja beberapa hari dibuka kepada umum, sudah ada cerita tak sedap di dengar apabila ada pihak yang membuang sampah merata-rata.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang netizen bernama Mansor Mohamad menerusi Facebook Shah Alam Residents yang berkesempatan melawat taman tersebut.

Sedih melihat keadaan itu, Mansor berkata mentaliti masyarakat kita masih ditahap rendah apabila ada yang membuang sampah sesuka hati.

Memang sedih melihat tempat yang cantik seperti itu tetapi sudah dicemari dengan sampah. Macam susah sangat nak buang sampah di tempat yang sepatutnya.