Tampal Penuh Sticker Tak Senonoh Pada Kereta, Netizen Kesal Janda Dijadikan Stok Hamsap

Tidak dinafikan hiasan sticker pada kenderaan bukanlah perkara baru, apatah lagi ada yang merasakan cantik pada kenderaan mereka.

Namun, baru-baru ini tular foto sebuah kereta yang dipenuhi dengan sticker berbaur lucah sehingga membuatkan netizen yang rasa malu dengan tindakan pemilik kenderaan tersebut.

Mana tidaknya, sticket dengan tulisan itu seolah memperlekeh maruah wanita serta merendahkan martabat seorang janda apabila dijadikan stok melucah.

Perkara itu turut mendapat perhatian YouTuber Kamarul Afiq As-Subanji yang memberikan pendapatnya mengenai foto tersebut serta terkilan apabila maruah wanita seorang dipijak oleh pemilik kenderaan itu.

Kamarul turut memetik kisah Rasulullah S.A.W bersama sahabat-sahabat baginda yang begitu mengangkat martabat seorang wanita terutamanya yang bergelar janda.

Dia turut kesal apabila status wanita janda sering diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kesal dan benci setiap kali lihat ada kereta yang menampak sticket sedemikian.

Malah, ada yang mengatakan individu yang berbuat seperti itu seolah sudah hilang sifat malu pada diri mereka.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan sticker berunsur lucah itu sering dilihat pada lori. Malah, ianya dijual secara atas talian pada harga yang murah.

SUMBER: Facebook Kamarul