Tampil Mewah & Bergaya, Tapi Kantoi Curi Baju Bernilai RM5,000

Sejak hangat diperkatakan mengenai seorang guru tuisyen wanita berusia 28 tahun telah ditahan polis selepas disyaki cuba mencuri sehingga 21 helai pakaian di sebuah pusat beli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian pada jam 6.30 petang itu cubaan wanita terbabit gagal selepas disedari oleh pekerja butik berkenaan.

Menurut pihak butik, wanita tersebut dilihat dalam keadaan mencurigakan dan dilhat mengisi beberapa pakaian ke dalam beg butik berkenaan.

Wanita tersebut tertangkap selepas penggera di pintu keluar butik tersebut berbunyi kerana tidak membuat pembayaran untuk pakaian yang telah diambilnya.

“Suspek berusia 28 tahun itu kemudiannya dilihat keluar dari butik itu tanpa membuat pembayaran menyebabkan penggera di pintu keluar berbunyi.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, suspek gagal mengemukakan resit pembelian sebelum dia ditahan pihak pengurusan butik berkenaan bagi diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.

Difahamkan wanita berkenaan direman salama dua hari bermula semalam dan pihak polis turut merampas 21 pakaian dianggarkan bernilai RM4,310 yang cuba dicuri.

Meskipun identiti wanita itu tidak didedahkan dalam laporan berita namun tular mengenai seorang wanita hampir sama dengan kejadian tersebut.

Malah, netizen turut mendedahkan kejadian mencuri itu turut berlaku di salah satu pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. Malah, gambar yang dikongsikan oleh portal Harian Metro mirip dengan gambar yang tular itu.