Tan Sri Dr Noor Hisham Diangkat Sebagai Tokoh Maal Hijrah 1442H

Selepas dianugerah gelarah Tan Sri beberapa hari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi mendapat pengiktirafan apabila diumum Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M di Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Pemilihan tokok itu dibuat dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Selain itu, Tokoh Antarabangsa Maal Hijrah 1442H disandang oleh Syeikh Al-Azhar, Prof Dr Ahmad Tayyib

Tema sambutan kali ini ialah ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ iaitu menguruskan penghijrahan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan kepada kekuatan modal insan, ilmu dan pengetahuan serta kecekapan pengurusan.

SUMBER: NST