Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing disahkan meninggal dunia hari ini pada usia 75 tahun.

Minggu lalu, mendiang dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di rumahnya.

Mendiang terkenal sebagai pengasas Universiti Lim Kok Wing yang ditubuhkan sebagai kolej pada 1991 dan kini mempunyai cawangan di benua Asia, Eropah dan Afrika.

Malah, pusat pengajian itu merupakan kolej swasta pertama yang diiktiraf di Malaysia dan diangkat sebagai universiti pada 2007.