Tangan Merayap Di Saf Perempuan, Tindakan Lelaki Ini Dikecam

Sejak pagi tadi tular video di media sosial memaparkan lokasi di sebuah surau dimana seorang lelaki didakwa sedang membuat cubaan mengintai di bahagian saf perempuan.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik di TikTok yang kemudian tular di laman Twitter sekaligus mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi video itu, dapat dilihat lelaki berkenaan pada awalnya cuba memasukkan tangannya sedikit ke saf wanita dan seolah sedang ‘mencari’ sesuatu.

https://twitter.com/dauspozi/status/1510778021011406852?r

Lelaki itu kemudian cuba mengangkat langsir yang memisahkan antara saf lelaki dan wanita. Tindakan lelaki itu disedari oleh jemaah wanita yang berada di situ yang kemudian menjauhkan diri.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan lelaki berkenaan yang cuba mengambil kesempatan serta tidak menghormati kesucian di bulan mulia ini.

Malah, ada yang menyelar lelaki tersebut yang mempunyai niat jahat sedangkan berada di rumah Allah. Kata netizen lagi, orang datang ke surau atau masjid untuk beribadah.

SUMBER: Twitter, Beautifulnara