Tangki Minyak Kurang 3/4, 55 Buah Kenderaan Singapura Diarah Berpatah Balik

Sehingga 3 April, sebanyak 55 buah kenderaan Singapura telah diarahkan untuk berpatah balik di pusat pemeriksaan sempadan Singapura-Malaysia.

Ia berikutan dalam penguatkuasaan peraturan baru dimana kenderaan Singapura yang mahu memasuki Malaysia perlu memastikan jumlah minimum bahan api sekurang-kurangnnya tiga perempat daripada tangki.

Memetik Mothership, Kastam Singapura berkata, mana-mana pemandu yang ingkar peraturan itu boleh dikenakan kompoun lebih RM1,500 atau didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, pemandu hanya dikenakan hukuman ringan dengan hanya diminta untuk berpatah balik di pintu sempadan.

Dalam pada itu, jika pemandu didapati mengubahsuai tangki kenderaan, mereka akan didakwa di mahkamah atas kesalahan mengubah peralatan mengukur bahan api yang tidak sah.

Difahamkan, peraturan itu adalah bagi mengehadkan jumlah bahan api dalam kenderaan berdaftar Singapura untuk mengisi minyak di Malaysia.

Sementara itu, KPDNHEP Johor Bahru telah menjalankan pemantauan di stesen minyak sepanjang Lingkaran Dalam, Jalan Tampoi, Senai dan Kulai.

Pemantauan itu dijalankan bagi memastikan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak menyalahguna petrol RON95.

SUMBER: MothershipÂ