Tanya Pasal Pengganti, Netizen Tak Senang Dengar Pertanyaan Rosyam Nor Untuk Shuib

0
17521

Semalam, berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bagaimanapun, sejak malam tadi hangat diperkatakan di laman Twitter apabila netizen kurang senang dengan pertanyaan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor kepada pelawak, Shuib Sepahtu.

Rosyam yang bertindak sebagai penyampai bertanyakan Shuib mengenai pengganti apatah lagi sudah 8 bulan arwah isterinya pergi menghadap Ilahi.

Netizen turut menyifatkan perbuatan Rosyam itu sebagai biadab dan tidak matang lebih-lebih lagi bertanyakan di khalayak ramai.

Malah, ada netizen mengatakan riak wajah Shuib nampak kurang senang namun tetap profesional di atas pentas.