Sudah banyak kali netizen disogokkan apabila usahawan tempatan berkongsikan keputusan akademik mereka yang teruk namun tetap mampu mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, seorang netizen tampil bersuara mengenai perkara itu.
Tampil menegur sikap usahawan secara terbuka, Mufarwa Farid menerusi Facebooknya tidak bersetuju dengan kenyataan oleh usahawan yang juga Influencer, Hafiz Mahamad berikutan kegagalannya dalam pelajaran.
Menerusi satu perkongsian, Hafiz berkata meskipun dia gagal dalam SPM namun ia tidak memberi kesana kepadanya kerana ketika itu teman wanitanya, Syafiqah Aina yang juga kini bergelar isterinya tetap setia bersamanya.
Tidak senang dengan kenyataan Hafiz itu, Muwarfa tampil membidas serta menegaskan kepada usahawan mahupun Influencer diluar sana agar jangan ‘membiasakan’ bahawa bidang akademik itu tidak penting kerana nasib setiap orang berbeza.
“Dan SPM tu, mungkin takda kesan kepada kekayaan kau, tapi, ada kesan kepada kemiskinan orang lain. Ramai orang susah, disebabkan SPM tak lulus. Nak masuk U payah. Nak cari kerja stabil payah.
Katanya lagi, mungkin gagal dalam SPM tidak penting bagi usahawan tersbeut namun ramai mereka yang diluar sana tidak lulus SPM sukar untuk masuk ke universiti dan susah untuk mencari pekerjaan.
Ujar Muwarfa lagi, jika mahu beri pesanan seperti itu beri pada anak sendiri tidak perlu beri harapan palsu itu kepada orang lain.
“Tak, aku tak jeles langsung dengan dia. Aku cukup anti dengan orang yang promosikan budaya gagal dalam pelajaran ni. Gagal akademik is not cool bro. Kau nak gagal, gagal. Tapi jangan budayakan. Penat cikgu cikgi kat sekolah separuh mati nak bantu pelajar,” tulisnya.
Jelasnya lagi, dia tidak cemburu dengan kejayaan usahawan itu namun tidak gemar dengan mereka yang mempromosikan budaya gagal dalam pelajaran kerana cikgu di sekolah berpenat lelah untuk melihat pelajar cemerlang dalam pelajaran.
SUMBER: Facebook