Tegur Adam Corrie Haram Makan Pakai Chopstick, Netizen Ini Teruk Dikecam

0
5105

Jika anda mengikuti media sosial Adam Corrie, pasti ramai tahu pelakon itu gemar berkongsikan aktiviti harian serta membuat ulasan makanan.

Baru-baru ini, perkongsian pelakon itu Facebook menjadi perhatian ramai apabila ada netizen memberikan komen teguran mengatakan makan menggunakan chopstik adalah haram di sisi agama Islam.

Komen tersebut turut tular di laman Twitter dimana individu itu berkata tindakan pelakon itu membaca doa sebelum makan bagus namun menggunakan chopstik untuk makan adalah haram bagi seorang Muslim.

Tidak hanya berdiam diri, Adam memberi komen balas mengatakan dia sudah merujuk banyak kali dengan sutaz mengenai perkara itu dan ianya dibolehkan kerana ia hanya alat untuk makan sama seperti sudu dan garfu.

Jelas Adam lagi, penggunakan chopstik juga tiada kaitan dengan akidah, iman mahupun agama seperti yang diperkatakan individu itu.

Seperti sudah dijangka, teguran individu itu dikecam teruk oleh netizen yang meluahkan rasa hairan apabila penggunaan chopstik dikatakan haram digunakan oleh Muslim.

Malah, ada yang mengatakan ada segelintir berpendapat bahawa Islam itu untuk Melayu sahaja sedangkan agama Islam ada diseluruh dunia.

SUMBER: Twitter @ConferWithTerry