Tegur Driver Alza Tak Bagi Signal, Hilang Terus 7 Batang Gigi

0
2707

Hanya kerana menegur cara pemanduan pemandu lain di lampu isyarat, seorang lelaki dibelasah sehingga patah tujuh gigi dalam kejadian berlaku di Jalan Kolam, Kota Kinabalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa 21 tahun yang turut cedera di kepala dan tangan itu dikatakan berselisih dengan sebuah kereta Perodua Alza.

Bagaimanapun, ketika berada di lampu isyarat, mangsa yang memandu kereta Honda S660 dikatakan menegeur kenderaan bersebelahan kerana tidak memberikan isyarat untuk masuk ke lorong laju.

 

Mungkin berang dengan teguran, pemandu Perodua Alza berkenaan dikatakan bertindak memecahkan kereta mangsa menggunakan batang besi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata, suspek turut dikatakan memukul mangsa di kepala dan tangan menggunakan batang besi.

Katanya, suspek kemudiannya masuk semula ke dalam kenderaannya dan terus meninggalkan lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera dibantu orang awam untuk keluar dari kenderaan dan menghubungi ahli keluarganya ntuk dibawa ke hospital mendapatkan rawatan.

Setakat ini, suspek berusia 36 tahun itu sudah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

SUMBER: Astro Awani