Tengah Kelam Kabut Banjir, Lelaki Ini Sempat Masak Maggi Dalam Lori Buat Ramai Terhibur

Sejak beberapa hari lalu, perkongsian di media sosial dipenuhi dengan perkembangan semasa banjir di negara kita dan paras air yang sedang meningkat melibatkan beberapa negeri.

Bagaimanapun, dalam kebimbangan orang ramai dengan keadaan banjir tersebut, tular satu video TikTok ternyata mencuit hati netizen.

Mana tidaknya, dalam keadaan kelam kabut di tengah banjir, seorang pemandu lori yang terperangkap dalam banjir bersama lorinya sempat memasak mi segera.

@iskandar6400

mantap👍👍👍🌹🌹🌹 terima Kasih abam bomba datang tgok kita…jap jap jap nk makan meeegi 🤲🤲🤲ya Allah

♬ bunyi asal – kipas lipas – Cak aBg BomBa

Melihatkan video tersebut, lelaki berkenaan sempat merakam video dan kelihatan paras air diluar ketika itu sudah berada sama paras dengan pintu lorinya.

Lebih menghiburkan, lelaki itu sempat mengajak anggota bomban yang datang untuk menyelamatkannya untuk turut sama menikmati mi segera yang dimasaknya.

Perkongsian video lelaki itu ternyata membuatkan netizen terhibur yang tetap tenang meskipun lorinya sudah terperangkap di dalam banjir berkenaan.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana keadaan pemandu lori berkenaan. Menerusi lagi satu perkongsian terbaru, lelaki itu sudah pun mengikuti anggota bomba yang datang menyelamatkannya berikutan hari sudah lewat dan kemungkinan air akan naik lagi.

https://www.tiktok.com/@iskandar6400/video/6913711162555157762

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: TikTok