Tengok Google Street Sebab Rindukan Kampung, Lelaki Tak Sangka Jumpa Arwah Ayah

0
28882

Tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidilfitri baru-baru ini, pasti ramai yang rindukan kampung halaman. Lebih sedih ada yang sudah hampir setahun tidak bertemu ibu bapa di kampung.

Baru-baru ini, tular video di TikTok dikongsikan oleh seorang lelaki ini yang menggunakan Google Street kerana rindukan kampung halaman.

@topanjey

Ya Allah. Lama x tgk hero ku. Doakan dia kawan². #fyp #my #hero

♬ Ayah – Laoneis

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila lelaki itu sebak sebaik sahaja paparan itu sampai ke rumahnya dan ternampak gambar arwah bapanya yang berada di luar rumah.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersimpati dan sedih, malah ada yang turut meluahkan rasa rindu pada arwah bapa mereka.

Tidak kurang juga, ramai berharap keadaan negara kembali pulih dan bebas Covid-19 agar dapat pulang ke kampung bersama ibu bapa mereka.

SUMBER: TikTok