“Terima Kasih Pilih Aunty Jadi Mummy Awak”

Semalam, anak perempuan kepada pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu iaitu Dzahira Talita Zahra menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-11.

Tunang kepada Shuib turut tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan istimewa buat Talita serta mengucapkan terima kasih buat kanak-kanak itu yang sentiasa menjadi penemannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Menerusi perkongsian itu, Watie turut memuat naik video memaparkan gelagatnya dengan Talitha yang dilihat sangat akrab.

Dalam pada itu, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada Talita sudi menerima dia menjadi bakal ibu baharunya.

Pada 6 Mei lalu, Shuib dan Watie selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman usahawan itu di Shah Alam.