Ramai yang cukup tersentuh membaca kisah Abang Viva viral yang datang dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam. Mana tidaknya, dengan hanya berbekalkan RM50 tidak menghalang niat murni Azwan Omar untuk membantu mangsa banjir.
Malah, ramai yang terharu dengan sikap rendah diri Abang Viva yang tidak mengharapkan apa-apa penghargaan di atas apa yang dilakukannya itu.
Baru-baru ini, Abang Vida berkesempatan membuat live di aplikasi TikTok yang baru dibuat olehnya. Namun apa yang mengejutkan, sesi live Abang Viva itu mendapat lebih 2 juta tontonan.
Sepanjang sesi live berkenaan, ramai pengguna TikTok memberi ‘gift’ kepada Azwan dan pemuda itu terkejut apabila mengetahui bahawa gift berkenaan boleh ditukar kepada duit.
Dalam pada itu, ramai yang terhibur dengan gelagat Abang Viva yang terus ingin mematikan Live berkenaan apabila mengetahui boleh mendapat duit daripada aplikasi tersebut.
Sementara itu, ramai mendoakan agar pemuda berusia 28 tahun itu terus dimurahkan rezeki dan terus bersikap merendah diri.
Difahamkan, baru sahaja akaun TikTok miliknya itu dibuka kurang dalam tempoh 24 jam, Abang Via sudah meraih lebih 136,000 pengikut.
Menurut Azwan lagi, dia membuka akaun tersebut bagi menunjukkan kepada masyarakat ke manakah duit sumbangan yang diberi mereka disalurkan.
Tambahnya lagi, dalam masa sama bagi mengelakkan berlakunya ada pihak menggunakan namanya bagi mendapatkan keuntungan peribadi.