Terpaksa Berhenti Belajar & Buka Kedai Kopi Di Rumah, Kini Berjaya Buka Kafe Sendiri

Terpaksa berhenti belajar selepas tidak mampu dari segi kewangan berikutan kerja sambilannya di sebuah kafe berakhir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, pemuda 21 tahun ini tetap gigih untuk mencari sumber kewangan.

Pemuda berkenaan Muhammad Nur Iman yang menerima impak susulan PKP itu kemudian pulang ke kampung di Alor Setar dan menjalankan perniagaan kopi secara kecil-kecilan di rumah.

Menurut Nur Iman, rumah kampungnya di Kampung Chegar mempunyai anjung yang membolehkan orang luar unutk naik ke atas rumah yang menempatkan bilik tidurnya dan disitu juga dia menjadikan ruangan untuk menjual kopi.

Ujarnya, dia yang mempunyai pengalaman bekerja sebagai barista sebelum ini menggunakan kemahirannya itu dan membeli kelengkapan membuat kopi untuk berniaga.

Usahanya tidak sia-sia, selepas dua bulan berniaga di rumah akhirnya dia berjaya membuka sebuah kedai diberi nama Tuang bersama rakan niaga yang juga tunang kepada kakanknya.

Kata Iman lagi, dia masih menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian namun terpaksa ditangguhkan dahulu untuk memberi tumpuan kepada bisnes kopinya terlebih dahulu memandangkan dia bukanlah dari keluarga senang.

SUMBER: mStar& The Vocket