Tersentuh Lihat Adik Ini Tumpang Tengok TV, Azza Elite Mahu Belikan TV

Baru-baru ini tular gambar di media sosial seorang kanak-kanak lelaki menonton televisyen sebuah rumah dari jauh dan satu lagi gambar memaparkan pintu rumah berkenaan sudah pun ditutup.

Gambar tersebut menimbulkan rasa kasihan netizen terhadap kanak-kanak itu yang dipercayai mungkin mahu menonton tv tetapi disedari oleh pemilik rumah yang kemudian bertindak menutup pintu.

Gambar tular itu turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi Azza Elite yang bermurah hati mahu membelikan sebuah televisyen untuk kanak-kanak berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azza berkata dia pernah mengalami situasi berkenaan suatu ketika dahulu dan meminta kepada netizen untuk menghubunginya jika mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak tersebut.

Dalam entri tersebut, Azza turut mendoakan kanak-kanak itu diberikan kesejahteraan di mana pun dia berada. Azza berkata dia mempunyai rezeki lebih hasil daripada membuat ulasan produk di Instagram.

Ujarnya jika, duit tersebut tidak mencukupi untuk membeli televisyen dia boleh kumpulkan duit tersama rakan-rakannya yang lain.

Dalam pada itu, perkongsian Azza itu sekali gus menarik perhatian ramai selebriti lain untuk turut membantu termasuk Fasha Sandha yang menyatakan kesudian untuk turut menyumbang.