Teruk Ke Sampai Nak Belasah Rider Foodpanda? Pelanggan Biadap Ini Dikecam Netizen

Kes penghantar makanan dipukul dan dibelasah oleh pelanggan bukanlah perkara yang baru. Nampaknya, baru-baru ini tular video di laman Twitter rider Foodpanda didakwa dibelasah oleh seorang pelanggan.

Menerusi perkongsian video itu, sumber memberitahu pengawal rumah pelanggan berkenaan tidak benarkan rider tersebut untuk naik ke atas ataupun masuk sehingga sampai ke depan pintu rumah.

 

Mungkin berang kerana makanan lambat sampai, pelanggan tersebut didakwa memaki dan menumbuk rider berkenaan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kejadian itu berlaku dimana.

Menurut netizen yang berkongsikan video berkenaan berkata jika benar ianya salah rider tersebut mengapa keadaan jadi teruk sehingga begitu sekali.

Ujarnya, dia juga pernah dimaki oleh pelanggan kerana lambat sampai namun dia bukan sengaja untuk berbuat demikian. Jelasnya, adakalanya kedai makan yang lambat siapkan makanan dan ada masa perlu menghantar banyak tempahan.

Katanya lagi, jika pelanggan tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan boleh sahaja membuat aduan dan rider akan terus dibuang. Tetapi tidak mungkin ada rider yang seolah sengaja mahu dirinya dibuang kerja.

Perkongsian netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan tindakan pelanggan itu. Malah, ramai yang tidak setuju dengan istilah ‘customer always right’ sehingga memberi hak kepada pelanggan melakukan apa sahaja.

Dalam pada itu, ada netizen mempersoalkan mengapa tiada siapa datang untuk meleraikan pergaduhan tersebut dan bersikap penting diri dengan hanya merakam insiden berkenaan.